Pages

Wednesday 1 June 2011

FIkah Imam al-Bukhari

Sebelum ini, umat Islam di Malaysia hanya mengenali Imam al-Bukhari sebagai seorang ahli hadith dan pengumpul hadith-hadith Nabawi di dalam karya Sahih al-Bukhari. Di dalam tulisan ini, penulis akan menyoroti fikah Imam al-Bukhari yang di mana para ulama pada zaman Imam al-Bukhari kesemuanya mengiktiraf akan kefakihan Imam al-Bukhari di dalam fiqh, sehinggakan dua orang guru beliau yang terkenal iaitu Imam Ahmad Ahmad bin Hanbal dan Ishaq bin Rahawayh turut mengakui perkara tersebut.

Imam al-Bukhari adalah seorang ahli hadith yang bukan sedakar mengusai ilmu hadith riwayah dan dirayah, malahan menguasai fiqh hadith. Perkara ini pernah diakui sendiri oleh al-Hakim al-Naysaburi di dalam karyanya mengenai ilmu hadith iaitu pada bahagian ke-20 di dalam karya tersebut, disebutkan mengenai fiqh hadith daripada ahlinya. Kemudian, beliau menyenaraikan ahli hadith yang menguasai fiqh yang termasuk di dalamnya Imam al-Bukhari.

Apabila disebutkan mengenai fikah Imam al-Bukhari, maka kemungkinan orang akan bertanya-tanya, adakah Imam al-Bukhari mempunyai fiqhnya? Jawapannya ialah "ya". sememangnya beliau mempunyai fikah beliau yang tersendiri. Oleh itu, bagaimanakah untuk mendapatkan fikahnya? Untuk pengetahuan pembaca, fikah beliau tersirat di dalam tarjamah bab yang terkandung di dalam karya Sahih al-Bukhari. Bagi mendapatkan fikahnya. perlu kepada kajian yang mendalam dengan meneliti karya-karya ulasan terhadap Sahih al-Bukhari yang di mana para pengulasnya memberikan perhatian serius kepada tarjamah bab dan hadith yang dibawa oleh Imam al-Bukhari.

Penulis pernah bertemu dengan seorang tokoh di Malaysia yang begitu masak mengenai fikah Imam al-Bukhari. Beliau kini sedang mengajar di Masjid Bulat seksyen 14 Petaling Jaya Selangor. Di dalam pertemuan tersebut. penulis mendapatkan gambaran yang jelas mengenai fikah Imam al-Bukhari di mana beliau mengatakan bahawa Imam al-Bukhari mempunyai fikahnya yang tersendiri, dan fikah beliau adalah berlainan dengan fikah imam-imam mazhab yang empat. Dengan kata lain, Imam al-Bukhari mempunyai mazhabnya yang tersendiri yang berlainan dengan mazhab empat. Pandangan yang diutarakan oleh beliau ini  tiada bezanya dengan pandangan yang pernah diutarakan oleh para pengkaji mengenai fikah Imam al-Bukhari di Universiti Umm al-Qura, Makkah di mana kesemua pengkaji bersepakat mengatakan bahawa Imam al-Bukhari adalah seorang imam di dalam hadith dan fiqh dan mempunyai mazhabnya yang tersendiri. Walaupun fikahnya adalah tersendiri, namun segala pandangannya adalah tidak bertentangan dengan ijmak ulama. Perbezaan pandangan beliau dengan imam-imam yang lain adalah sekitar masalah cabang di dalam fiqh.

Setakat ini dahulu pengenalan mengenai fikah ketua bagi ahli hadith iaitu Imam al-Bukhari dan pengenalan bagi blog ini. Pada masa yang akan datang, akan dibahaskan secara lebih mendalam lagi mengenai fikah beliau dan ahli-ahli hadith yang lain yang termasuk di dalamnya imam ikutan kita iaitu Imam al-Shafi`i. InsyaAllah, blog ini diharapkan akan menjadi medan yang cukup bermanfaat bagi mereka yang mencintai para imam yang terdiri di kalangan ahli hadith dan fiqh. Wallahua`lam.    

No comments:

Post a Comment